<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d29690170\x26blogName\x3d%3E%3Eone+destination...%3C%3C\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://salsabila33.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://salsabila33.blogspot.com/\x26vt\x3d-6992677004882550883', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
salam 'alaik ♥

in our life..
we have our own destination..
but who ever u are..
we've same destination after
end of life..believe it !

ME ♥


Hanya sekadar monolog hati yang tidak berkesudahan. hidup penuh dengan kata-kata. mungkin tersurat dan seringkali tersirat dan terpendam dalam diri yang bukan mudah untuk diluahkan dengan lisan. mungkin ini gunanya blog? mungkinkah..?

new ♥

everything will be fine
hari pertama.. kali pertama
Didik anak ke tandas
ingin ke belakang
menikah saat usia begitu muda
i'm w.a.i.t.i.n.g ...
It's all about beauty..
PROMOSI KAD RAMADHAN
itu kan datang lagi !
kembali..

in memory ♥

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
July 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
June 2009
August 2009
December 2009
January 2010
February 2010
June 2010
May 2011
June 2011

blogger ♥

abu ikhlas
ain allen
kak nawwar
kak rahimah
kak aisyah Z
kak yusrina
kak anfaal
kak manihah
Musfirah
DjahNajid
asfarina
Azhana
farhana isa
kek batik

shout ♥


our company ♥

loveorange
lovebeautee

my university ♥

universiti malaya




~~ La tahzan.... ~~
Friday, June 30, 2006



Jangan lah dikau bersedih..
andai ditimpa ujian itu..
yang mungkin ...
membuatkan engkau berasa lemah..
dan rebah dipertengahan...
" La tahzan...InnAllah ha ma'ana "

Labels:






:ooo kOsOng ooo:
Thursday, June 29, 2006


....bila kekosongan mengisi ruang hidup
segalanya terasa kosong
bagai kehilangan
ditinggalkan? atau dipinggirkan?
menyepi...
bukan sunyi..tetapi kosong!

Labels:






.:: who cares ::.
Tuesday, June 27, 2006


who cares what U want to be
who cares about your life
who cares what U think
who cares about U!!
nobody cares ...

Labels:






^ YoU LooKs ^

"You looks she's happy
But maybe she's in moody
You see she's laughter
But maybe she's crying "

Labels:






.....hari itu.....
Monday, June 26, 2006

bila tiba hari itu
dapatkah aku menghadapinya?
gagahkah diri ini?
takut aku...tewas..
adakah kekuatan ketika itu
atau masih tersimpan sekarung harapan
hendak atau tidak aku perlu belajar untuk pasrah
andai tiba hari itu
aku tidak tahu
mampukah aku...
berat sungguh rasanya
tapi adakah ingin melawan takdir
yang sudah tersurat
yang sudah lama tersirat
aku sahaja tak perasan
aku sahaja yang cuba berselindung
pahit untuk ditelan
perit rasanya
aku tidak tahu
selagi hari itu belum kunjung tiba
hati kecil masih mengharap
bersuara "alangkah baiknya hari itu tidak tiba"
mengapa aku terlalu bodoh
sangat sukar mengahadapi realiti itu
terima? oh.. aku tak punya kudrat..

Labels:






" dia bilang "

dia bilang kita ini
... seperti sang musafir
yang meneruskan perjalanan
... menuju ke destinasinya yang jauh
namun dalam perjalanannya
... satu demi satu rintangan yang terpaksa dilaluinya
jatuh bangunnya hanya demi ingin
... sampai ke destinasi yang dituju
dia juga bilang kita ni
... ibarat si pengembala
kambingkah? lembukah? apa2 saja
... dari seekor dua
membiak seribu dua
... namun tanpa kegigihan mampukah membiak sebanyak itu?
tanpa kesanggupan sihat dan cergaskah
... ternakan si pengembala?
sekali lagi dia bilang
... kita ini bagaikan pekebun
mulanya menyemai benih
... kemudian tunasnya kelihatan
dibelai dijaga diperhati
... akhirnya berbuah mengeluarkan hasil
tapi, adakalanya hasilnya rosak
.. kadang-kadang enak dan sempurna
itu dia yang bilang
... tapi kita? mahu jadi yang mana??

Labels:






...it's not simple...


"It's not simple as u think
It's not easy as u talk
It's hard! And painful
U will never know until u face it"

Labels:






II| pasti diuji |II

Biarlah semua itu menjadi sebuah nostalgia..
Yang tak mungkin luput dihambat masa..
Yang tak mungkin pudar ditelan usia..
Indah dan perit... semua itu perlu dipikul...

Bisakan menggapai seulit kebahagiaan
tanpa menganggung sebarang bebanan??

Bisakah mengecapi seukir kemanisan
tanpa mengharungi onak duri yang sukar..??

Bisakah dikurniakan segalanya
tanpa dihujani ujian demi ujian..?

Sesungguhnya manusia itu pasti diuji pada titik kelemahnnya..

Labels:






**we always sigh**
Friday, June 23, 2006




Letih yaa hidup ini...
macam2 nak kene buat..
macam2 nak kene p-k..
macam2 nak kene hadapi..




Letih ya hidup ni..
kalau sehari tak terbebaban.. tak sah!
kalau seminggu takde masalah.. tak mungkin!
kalau tetiap hari tak terasa.. tak normal!



Letih ya hidup kita ni..
bila buat salah kene bebel...
tak buat salah pon kadang2 kene marah..
bila bersuara katanya
melawan..
bila diam hati sendiri yang membara!


Letih ya hidup ni..
asyik2 nak jaga hati orang..
asyik2 nak kena mengalah..
asyik2 memendam rasa...

Letih ya kita hidup nih..
kalau hari2 dok mengeluh nasib..
itu tak kena..ini tak kena..
sini masalah..situ musykilah...

Letih ya kalau hidup begini...
kalau tiap detik langsung tak nak bersyukur..
baru di uji sedikit! tapi keluhannya masyAllah...
langsung lupa nikmat yang pernah dikurniakan sebelum nih..



Letih...apa yang letih sangat nih??
hakikatnya letih melayan perasaan sendiri..
letih untuk terus berjuang melawan nafsu sendiri..
terlalu letih untuk berhadapan
dengan realiti hidup sendiri..

Kita yang seringkali banyak bersungut..
banyak memikirkan perkara yang bukan2...

asyik melayan dan hanyut dengan dunia..
itu pasal lah letih tak sudah2..

LETIH! .. letih... LETIH..
penat! huh~~ *sigh*

Labels:






ayah bukak dulu??

Satu petang... lepas selesai mandi dan solat asar. kaki ini memulakan langkah menuruni anak tangga. yang tingginya mungkin dalam 4 meter.(agak2 nyer laa..walaupon dah lebih 10 tahun menetap kat umah ni, tapi tak penah plak menelek.. heh~)
Sebaik sahaja kaki ni memijak marmar yang bercorak abstrak tu, tetiba ayahku memulakan bicaranya diatas sofa. "Nah, ayah dah buka dulu..." aku terskima??.. buka dulu?? apenyer?? lalu tangannya diunjur kehadapan menghulurkan sesuatu.. aku cuba menatap dan mengenal pasti apekah sebenarnya yang berada ditangan ayahku...
herm..?? lama juga aku amati..dan datang menghampiri ayahku... huh! teruja aku melihatnya! rupa-rupanya...teng..teng...teng.. result exam! sem lepas... sebaik sahaja aku tiba disisi ayah ku disebelah sofa.. pantas ayah ku menghulurkan tangan! tanda untuk berjabat tangan.. "TAHNIAH!"... seingat aku.. selama aku hidup mungkin ini kali ke-2 aku mendapat ucapan sebegitu dr ayahku...
heh.. mana taknye..kalu dah paling QU arT tidO n paling pemalas kat umah tuh..aku lah orangnye.. result pon cukup2 makan je... tapi benarlah..betul.. semakin meningkat umur..mematangkan pemikiran seseorang.. cara berfikir dah lain.. baru nampak kepentingan belajar..(sungguh lambat aku matang untuk memahami erti menuntut ilmu yang sebenar..) setelah orang lain dah menjulang banyak kejayaan..dah membawa diri ke negara orang..
aku?! baru memahami semua itu dalam usia begini..mungkin ada hikmahnya yang terselindung..takpe.. perjalanan jauh lagi.. and masih punya ruang perbaiki diri... so! 2 sem left! wahahah~~ tak sabanye nak ngabiskan diploma nih =) sarung jubah konvo.. ('abyD jgn jeles... kotakan janji2 awak baru leh merasa sarung jubah kite..) haha~~ bajet!
melalut dah plak... then berbalik kpd ceter petang tuh.. ayah aku pon bg result tuh kat tangan aku.. aku tade laa teruja mana.. heh, coz mmg dah tau result seniri..cek online arr..huhu~~ so, kene struggle utk sem akan datang lagi! chaiyok-chaiyokk!!

Labels:






sakit hati sebenarnya ni...
Thursday, June 22, 2006

Berserabut dibenak fikiran ini..
sesak! lelah dibuatnya...
mengapa terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan..?

Kenapa mudah sahaja org menunding jari..
seolah terpaksa tunduk dan akur sahaja apa yang telah disuruh..
tanpa memikirkan kesulitan dan kekurangan yang dihadapi..
hanya memikirkan bahawa hidupnya itu selalu mewah..
bersenang lenang dengan segala kemudahan!

Rimas! mengapa hanya menilai diluaran..
takkan perlu diluahkan dan menunjukkan segala kepayahan dan kesusahan??
kemudian baru memahami kondisi yang sebenarnya??

Hah~~ manusia memang sering menilai luaran..
tanpa memahami kekalutan..jerih dan payah seseorang..
melihat zahirnya dalam kesenangan..
maka dilontarkan segala beban untuk dipikul...
sewenang-wenangnya disuruh melakukan itu dan ini!

Perlukah diluahkan dizahirkan apa yang terpendam selama ini??
perlukah membuat mata-mata mereka lihat..menyaksikan sendiri!
hah! sakit..perit hati dibuatnya...

Tolonglah.. jangan mudah menilai dari zahirnya ..
tanpa menyelami situasi yang sebenar...
payah bila bersama dengan orang yang susah untuk memahami...
segalanya dianggap mudah...
segalanya dianggap senang...mampu!!!!

hah~!

Labels:






## mungkin dan segalanya mungkin ##

mungkin kerana terlalu lama duduk di dalam air...
maka badannya menjadi sesengal sehingga memberatkan tulang belulang...

mungkin kerana cuaca yang panas lagi terik..
mengakibatkan kepalanya terasa berat dan berdenyut..

mungkin kerana cuti yang hampir ke penghujungnya...
membuatkan diri rasa lebih ingin menghargainya sebelum tiba hari memerah otak bermula...

mungkin kerana terasa sangat malas!..
maka diri ini masih lagi belum menyelesaikan tugas yang banyak tergendala...

mungkin jika asyik ditekan... ditekan... ditekan...
maka segalanya bagaikan terpaksa...

aarrggghhhhh.... semuanya mungkin saja...!
mana realitinya... boleh jadi bengong jika berterusan begini.... huh~~

Labels:






-- |I indah cintaNya I| --


" SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. "

" SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA. "

" YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. "

"NAMUN, ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU BERIKAN KEPADAKU. "

" YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU."

" YA MUHAIMIN, JIKA AKU JATUH CINTA, JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU. "

" YA RABBANA, JIKA AKU JATUH HATI, JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU. "

" YA RABBUL IZZATI, JIKA AKU RINDU, RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU. "

" YA ALLAH, JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU. "

" YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU, JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU. "

" YA ALLAH, JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU, JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU."

"YA ALLAH, JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU, JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU. "


===== sajak Aminah Qutb kepada suaminya ======

Labels:






....terkilan....
Saturday, June 17, 2006

sedih ya.. melihat apa yg terjadi
disekeliling... terkilan.. tidakkah mampu
dilakukan apa-apa..tak punya akudrat??..
arrgghhh... mengapa semua itu bisa berlaku??...

tiada jawapan??... tak mungkin...

yang terselindung.. dan berselindung itu mungkin jawapannya...
tapi.. siapa yang perasan??..
semuanya turut hanyut...
hanyut dlm kemewahan..
keamanan...ketenangan..
yang dikecapi..
tenangkah hidup dalam sebegitu rupa..??

astaghfirullah.. jauhkan diri ku dr segala bentuk penipuan itu..

yang boleh menjatuhkan..
yang boleh menyebabkan diri ini tersingkir..
terhumban dalam kemurkaanmu...
takut yaa... andai hari ini.. kita sudah bisa tahu..kemana arah kita....!
hanya dua.. ya dua sahaja!tempat kita tuju...hanya satu! jadi perlu untuk memilih...



tapi manusia sering saja lupa.. sering saja ralit...dengan dunia
yang dianggap kekal.. hingga lupa kesudahannya yang kekal..yang abadi..hanyut... dalam kebenaran yang telah ditutupi dengan kebatilan..rungsing memikirkannya.. kasihan melihatnya..mengapa?? bagaimana dapat diperbetulkan??

itulah misi.. tanggungjawab..amanah yang dipikul..bukan mudah dan sewenangnya menjadi seorang manusia...berat...andai kita selalu berfikir...merenung...hakikat kejadian diri yang sebenar...bukan semata hidup.. sebagai seorang ISLAM..

hanya pada nama..

ya..! solat..puasa...semuanya yg lima itu dilakukan.. cukupkah..??
memang benar apa yang Allah firmankan..terlalu penting..
untuk kita sebagai manusia untuk berfikir...jika tidak..
takutlah diri ini andai terhumban kedalam kemurkaanNya..



ya Allah... mudahkanlah kehidupan ku ini..
tiada yang berkuasa melainkan Kau...
hulurkan kekuatan...
bekalkan ketaantan...
suapkanlah kasih sayangMu...
titiskanlah..butiran cintaMu...
biarlah aku hanyut~~
hanyut dalam redhaMu dan kasihMu...
bukan kepada yang selainMU!..





Labels:






~~biSaKah ciNta iTu kU keCaPi~~
Friday, June 16, 2006


D.E.S.T.I.N.A.S.I.C.I.N.T.A

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu,Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
..............................
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
...........................
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
.........................
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
.........................
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
...............................
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…
---Mestica---

Labels:






a SnaiL.. it's not just a snaiL as u thiNk!



When someone tells you that you can't do something...









Look around...












Consider all options...













Then GO for it!













Use all the things God gave you!















Be creative!













In the end, you will succeed and prove them wrong!
















Always remember... "Nothing is impossible, if your heart is willing"

Labels:






==== Untuk APA ====



**Untuk apa berbicara..
andai dihujungnya hanya membuahkan sebuah pertelingkahan...
**Untuk apa terus berbicara....
andai di akhirnya mengguris jiwa...
**Untuk apa harus diteruskan berbicara..
andai segalanya hanya melukai hati yang lara..
**Untuk apa terus menerus berbicara...
andai ianya hanya menimbulkan dendam kesumat...
**Untuk apa lagi berbicara...
andai memang telah ditakdirkan telah ternoktah segalanya...

Labels:






aLhamDulillah....
Wednesday, June 14, 2006


herm.. at last.. i think my bloG is complete (utk setakat nih laah rasenyer..)
oTak dah tepu ngadap Pc dr pagi sampai mLm.. nih jer lah mampu dihasilakan..erk!
dgn berpandukan seorang 'MenTor'... dgn ideanya.. and become first visitors! haha~~
so, enjoy it.. and tros arr support dgn idea2 yg menarik =)
bg gambo2 yg best2.. yg mampu utk mencetuskan.. dan membenihkan idea2 yg bernas..
ceewaahhh... ok lah cukup takat nih... naik kelabu anak mata camnih...

wassaLam...

>> ONE destination <<

Labels:






Pasrah dengan segalanya...



Adakalanya kita tidak sedari..
Adakalanya kita terlalu alpa..
Adakalanya kita terlalu mengaharap..
Adakalanya kita terlalu memerlukan..
Adakalanya kita terlalu memikirkan..
Adakalanya kita tidak mampu bertahan..
Adakalanya kita tewas..
Adakalanya kita ditinggalkan..
Adakalanya kita dipinggirkan..
Adakalanya kita menjadi tersangat hina..
Adakalanya kita kebuntuan..
Adakalanya kita menyendiri..
Adakalanya kita menjadi buruan..
Adakalanya kita sangat dihargai..
Adakalanya kita menemui sinar kebahagiaan..
Adakalanya kita dipenuhi dengan ketenangan..
Adakalanya kita terus dilukai..
Adakalanya kita terus berusaha..
Adakalanya kita terpaksa akur..
Adakalanya kita tidak mampu berbuat apa-apa..
Adakalanya kita hanya memperbodohkan diri sendiri..
Adakalanya kita memang telah menjangka sesuatu itu akan berlaku...
Namun adakalanya kita terpaksa pasrah dengan segala ketentuan..

Labels:






Lakaran hidup...



Andai aku bisa melakar kisah hidup ini...
Pasti akan ku luahkan segalanya...
Yang terpendam di
dalam sanubari ini...

Andai aku punya ruang membisikkan kata-kata..
Pasti lancar ku menuturkan kata...
Tampa kelu lidah melafazkannya...

Andai aku bisa menggapai impian....
Tiada lagi mimpi-mimpi suram yang menyelubungi ruang...
Segalanya pasti yang terindah...

Andai aku masih diberikan peluang....
Sudah pastinya aku tidak akan mempersiakan...
detik-detik waktu yang membahagiakan....

Andai aku bisa menyentuh sang pelangi di awan...
Pasti ku genggam warna-warna keceriaan..
Agar bersinar dan ceria hidup ini....

Labels:






once u fall..


Setiap langkah yang diatur....
Setiap langkah yang dihayun..
Setiap detik yang berlalu...
Setiap waktu yg berputar...
Setiap masa yang berubah...
Setiap ketika segala yang berlaku...
segalanya punya penyebab..
punya hala tuju...
punya matlamat...
punya hujungnya...
punya misi dan visinya...
tatkala diri rebah dipertengahan..
tatkala itu berfikir utk menoleh kebelakang..
atau terus tegar berdiri dan meneruskan perjalanan..
pabila sudah menetapkan hala tuju...
terus..teruslah pergi menujunya..

jangan sampai segala yang terjadi...
bukan diatas dan kemahuan diri..
tetapi yg Maha Berkuasa itu..
tetap berKuasa atas diri itu sampai bila2....

Labels:






andai...



Andai pertemuan menyebabkan kesakitan,

lebih baik perpisahan menjadi penawarnya,

Tetapi andai perpisahan itu lebih memeritkan,

Biarlah pertemuan itu menjadi suatu yang indah hingga ke akhirnya...

Hidup memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi....

Labels: