<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d29690170\x26blogName\x3d%3E%3Eone+destination...%3C%3C\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://salsabila33.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://salsabila33.blogspot.com/\x26vt\x3d-6992677004882550883', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
salam 'alaik ♥

in our life..
we have our own destination..
but who ever u are..
we've same destination after
end of life..believe it !

ME ♥


Hanya sekadar monolog hati yang tidak berkesudahan. hidup penuh dengan kata-kata. mungkin tersurat dan seringkali tersirat dan terpendam dalam diri yang bukan mudah untuk diluahkan dengan lisan. mungkin ini gunanya blog? mungkinkah..?

new ♥

everything will be fine
hari pertama.. kali pertama
Didik anak ke tandas
ingin ke belakang
menikah saat usia begitu muda
i'm w.a.i.t.i.n.g ...
It's all about beauty..
PROMOSI KAD RAMADHAN
itu kan datang lagi !
kembali..

in memory ♥

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
July 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
June 2009
August 2009
December 2009
January 2010
February 2010
June 2010
May 2011
June 2011

blogger ♥

abu ikhlas
ain allen
kak nawwar
kak rahimah
kak aisyah Z
kak yusrina
kak anfaal
kak manihah
Musfirah
DjahNajid
asfarina
Azhana
farhana isa
kek batik

shout ♥


our company ♥

loveorange
lovebeautee

my university ♥

universiti malaya




[.k.e.p.u.t.u.s.a.n.]
Saturday, July 29, 2006

Huh…
bukan sesuatu yg mudah membuat keputusan itu..
memberi keputusan itu…
menyatakan keputusan itu..
melafazkan keputusan itu..
menuturkan keputusan itu…
memutuskan itulah keputusan muktamad lagi tepat!...

Labels:






.... kita ini hidup.....
Sunday, July 23, 2006


Kita ini hidup... hakikatnya
sebagai seorang pejuang
jika pejuang ... mana mungkin
tidak berbekal dengan semangat
mana mungkin tidak lepas
dari mujahadah sepanjang hidupnya
T
api pejuang itu
tak dapat tidak hanyalah manusia biasa..
yang tak dapat tidak pasti teruji
dengan nafsunya..
dengan musuh utamanya!
P
ejuang itu amat memerlukan
kekuatan ... untuk terus berjuang
untuk terus dan terus...
jeehad Nafs... kerana
syaitan itu musuh yang harus diperangi!!
......ooOoo......

Labels:






...[[ semangat yang hilang ]]...
Tuesday, July 18, 2006

Kemanakah perginya semangat itu..
semangat yang menghilang...
jauh...entah kemana...
bisakah ku ketemunya kembali..?
Begitu kosong jiwa tanpa semangat itu...
Kembalilah....
agar diri ini menjadi seperti dulu...

Labels:






ooo H.A.T.I ooo
Saturday, July 15, 2006

" hati itu bukan
milik kita...
hati itu Dia
yang punya.. "

Labels:






"Ini tentang...."


" Ini tentang rasa
tentang realiti
bukan rekaan
bukan jua khayalan "

Labels:






.: FooD poisOniNg :.
Friday, July 14, 2006

12 july 2006 :: rabu

5.00 am .: Terjaga dari lena, niat memang ingin solat isya'(kepenatan mlm td.) perut rasa semacam. Tekak rasa mual2. Gagahkan juga diri utk solat. Then mandi. Tak dapat bertahan. Tidur semula. perut sangat sakit..

5.45 am .: Terdengar sayup2 laungan azan subuh. Tak punya kudrat utk bangun. Hanyut kembali di pembaringan.

6.45 am .: Tak boleh jadi ni, nanti terlepas subuh dibuatnya. paksa juga diri utk bangun. Tunaikan juga kewajipan. Selesai solat, tak sempat menanggalkan telekung sudah rebah di sejadah.

7.30 am .: arrrggghhh... kelas jam 9 am! sepatutnya sudah bersiap2 sekarang. badan terasa sangat berat. perut memulas. terus menuju ke toilet. Then capai hP & send msg kat member. "aku rase aku kene food poisoning laa.. kte pg kuliah hr nih naik kete je la.aku drive ok.tunggu kat dpn al-amin" -mula bersiap2-

8.00 am .: tekak rase sangat mual. berlari ke tandas. seolah2 ade sesuatu yang menolak keluar dari kerongkong. perit! rasenya... tak pernah muntah sebegitu teruk.. terus gagahkan diri.

8.30 am .: enjin kereta sudah berbunyi. cepat mengatur langkah. takut2 lewat masuk kuliah nanti. tiba di utm, toilet lah tpt kunjungan setelah meletakkan beg & fail di kerusi.

9.00 am .: kuliah pengajian Islam bermula. buat seperti biasa. Alhamdulillah perut tak meragam lagi.

10.00 am .: menuju ke toilet utk kali yg keberapa kali ntah. muka bekerut menahan kesakitan. ada yang menegur. kuliah management engineering pula bermula.

11.00 am .: perut dah meronta-ronta ingin ke toilet. tapi kelas electronic 2 dah bermula. lect dah edar notes. bersabar!

11.15 am .: tak dapat bertahan. terus menuju ke toilet. sebaik sahaja kuncinya diselak, ada sesuatu yang ingin berlari keluar dari mulut buat kali ke-2. muntah sekali lagi.

11.25 am .: masih di dlm kelas. tapi, kali ini sudah tak berdaya bertahan. apa yang diajarkan sekadar lalu menyinggah ditelinga kanan & kiri. rugi rasanya. tapi apakan daya. terus berdoa & berharap dpt bertahan utk beberapa minit lg.

11.45 am .: at last! habis juga kelas.. terus menuju ke Klinik Mahasiswa UTM. ambil no. giliran dan menunggu. lama btol! dah laa tgh sakit.. mana plak Dr ni. nombor x gerak2 dari td.

12.15 pm .: "sakit ape?" "rasenyer food poisoning laaa.." "ada muntah2?" "ada.. dah 2 kali.." "kalau nak lagi cepat sembuh kene masuk air laa.." erk! kene tahan... masuk air?? waaaahhh??!! first time! macam teruja pon ada.. heh..

12.30 pm .: jarum selamat menyinggah di urat tangan. air setitik demi setitik jatuh. masa bagai terlalu lambat berjalan. terlantar seorang diri di katil klinik. masa rehat klinik. semua Dr & pegawai kesihatan berehat. "adik rehat dulu ye, saya ada hal di dewan besar." "agak2 berapa minit masuk air nih?" "maybe dalam sejam" huh!

1.15 pm .: terasa ingin ke toilet. tapi kat mana toilet??? arrgghhh...! nurse mana? semua org takde. rase mcm nk menjerit! terpaksa bertahan!

2.00 pm .: "adik tak tidur ke?" "saya nak pergi toilet boleh.." yeah!! at last..penantian berakhir. lega.. alamak.. ade darah kat tangan.

2.15 pm .: "dah mkn ubat?" "belum, saya tak mkn ape2 lg.. dr pagi tadi saya tak makan ape2.." "nape tak cakap td, siannya..." dihulur kek Apollo perisa anggur n pisang. manis sungguh. baru sesuap dijamah. berlari terus ke sinki, muntahkan kembali ape yang baru dijamah.

2.30 pm .: "tadi Dr kata masukkan air sebotol ke 2 botol?" "sebotol je.." "rase masukkan lagi sebotol nak tak? lagi cepat baik.. pasal adik muntah2 tuh.." "tak kisah la.." botol air yang ke-2 singgah ketubuh.

2.40 pm .: member datang! bawa makanan yang di pesan. nak roti kosong je-roti potato, tapi takde. jamah aje roti coklat. sempat laa telan hampir separuh dari sebiji roti. sekali lagi berulang ke toilet. sempat member aku berseloroh.."kalau macam nih boleh wat world book of records.. masuk toilet byk kali dah nih.. baik ko dok je tepi toilet tuh.." heh, perli plak hek.. faham2, melawak tuh...

3.30 pm .: member minta diri nak jumpe PA. tinggal keseorangan semula. cuba utk melelapkan mata. tapi, sebenarnya berharap agar air dalam botol tu cepat habis. tak solat Zohor lagi nih! nak balik cepat umah.

4.15 pm .: akhirnya, habis juga air botol yang ke-2. "saya nak balik terus boleh?" "adik duduk kat kolej mana?" "saya dok umah seniri, ngan family.." "ooo.. nih balik macam mana ni?" "saya drive seniri pagi tadi" "rehat 2-3 minit lagi, lepas nih baru balik.."

4.30 pm .: badan terasa nak demam. kepala sengal2 bengal2.. boleh ker drive nih?? isshh.. kalu tak sampai umah karang?? tawakkal! bergantung pada Allah.. Allah jaga.. mata kadang2 terkatup juga masa drive, tak larat nak drive sebenanya. tapi tanak susahkan sesiapa..

4.35 pm .: sekejap dah sampai umah. mmg dekat je pon. gagahkan diri juga utk solat. then kene paksa mkn bubur. tekak tak selera. tapi tak jamah makanan berat langsung dari pagi. perut kosong!

5.30 pm .: tidur...

7.00 pm .: terjaga.. tangan dan kaki kebas2. panas sungguh kaki. tak dapat nak tidur semula. fikiran bercelaru. ibu ajak makan. roti bakar? tak lalu.. jamah juga bubur tadi. tiba-tiba rasa nak termuntah. meluru ke toilet. ya Allah... kali ni lagi teruk! tak pernah muntah seteruk nih. memang ape yang ditelan dr petang td, keluar semuanya. kepala terasa ringan lepas tuh.

7.45 pm .: solat magrib. sambung berehat dan tidur di sofa ruang tamu.. jadi katil sementara masa sakit nih...

Labels:






**BuNTu**
Sunday, July 09, 2006


Jika diberi pilihan
mungkin bukan ini yang dipilih
ntah! keliru..
apakah yang dipilih ini benar?
apakah puas dengan semua ini?
apakah benar ini yang diinginkan??


Persoalan yang sering mencengkam...
hati bagai meronta-ronta inginkan jawapan..
tidak tenang memikirkan
ingin keluar dari semua persoalan

Lari?? mungkin..
adakah penyelesaiannya...
sampai bila boleh berselindung
sampai bila mahu menipu??
sampai bila semua ini akan terus berlaku..

Arrggghh! sesak fikiran..
tiada jawapan!..
siapa yang bisa memberikan jawapannya...
tiada kedengaran suara hati yang telus
yang ada suara-suara yang ingin memesongkan
tidak mahu keturunan Adam ini berada dalam kebenaran..

**BuNTu**

Labels:






..... [[ datang & pergi ]] .....
Tuesday, July 04, 2006


ada yang datang..
ada yang pergi...
yang pergi itu tetap akan pergi..
tapi mungkinkah kembali??
yang datang itu pula..
adakah akan terus tetap disini..
atau mungkin akan pergi jua???

sedarlah..bahawa tiada yang kekal..
selainNya..
datang dan pergi itu memang silih berganti..
yang setia dan tetap berada disitu...
adalah diriNya..
yang sering terabai dan diabaikan..

diri sering berpaling padaNya..
sombongkah diri ini??
bongkak..tidak!
cuma malu...
malu diatas apa yang terjadi..
malu untuk meminta-minta..

tapi..sering teringat..
betapa diriNya suka pabila
ada yang meminta-minta hanya pada diriNya..
hanya kerana diriNya sebaik-baik tempat pergantungan..
segala harapan dan impian...
pintalah pada diriNya...
yang takkan datang dan pergi!
setia menanti...

Labels:






" Aku mencintai sahabatku...."
Monday, July 03, 2006


" Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup
atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yg tidak luntur..
baik dalam keadaan suka atau duka.
Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk
berkenalan
kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri. "

Kata-kata Imam Syafie tentang persahabatan...

Labels: