<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d29690170\x26blogName\x3d%3E%3Eone+destination...%3C%3C\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://salsabila33.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://salsabila33.blogspot.com/\x26vt\x3d-6992677004882550883', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
salam 'alaik ♥

in our life..
we have our own destination..
but who ever u are..
we've same destination after
end of life..believe it !

ME ♥


Hanya sekadar monolog hati yang tidak berkesudahan. hidup penuh dengan kata-kata. mungkin tersurat dan seringkali tersirat dan terpendam dalam diri yang bukan mudah untuk diluahkan dengan lisan. mungkin ini gunanya blog? mungkinkah..?

new ♥

everything will be fine
hari pertama.. kali pertama
Didik anak ke tandas
ingin ke belakang
menikah saat usia begitu muda
i'm w.a.i.t.i.n.g ...
It's all about beauty..
PROMOSI KAD RAMADHAN
itu kan datang lagi !
kembali..

in memory ♥

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
July 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
June 2009
August 2009
December 2009
January 2010
February 2010
June 2010
May 2011
June 2011

blogger ♥

abu ikhlas
ain allen
kak nawwar
kak rahimah
kak aisyah Z
kak yusrina
kak anfaal
kak manihah
Musfirah
DjahNajid
asfarina
Azhana
farhana isa
kek batik

shout ♥


our company ♥

loveorange
lovebeautee

my university ♥

universiti malaya




...berasa lemah...
Friday, September 29, 2006

huh....terpaksa dimulakan dengan keluhan..
adakalanya manusia itu diatas..
adakalanya dibawah..
adakalanya jiwa itu membara..
adakalanya ia malap..

begitu jua iman di dalam diri,
yang ada kalanya teguh dan mantap..
sesekali bisa tergoyah..
sesekali bisa 'futur'..
berasa lemah..yang teramat!


sungguh..manusia itu diuji pada
titik lemahnya..
andai tidak bingkas bangun,
dan terus menerus melayani..
maka akan terus hanyutlah ia bersama
buih-buih dipantai yang hanyut..
berterbangan dek debu yang ditiup angin..

andai berdiri pantas mencelik dan tersedar..
Alhamdulillah..!
masih punya ruang..
Allah masih lagi punya sayang pada diri yang hina..
Allah masih lagi pandang pada diri yang jijik ini..
walau kemana pun wajah ini berpaling,
sungguh, Allah berada disegenap ruang..
yang tak bisa diri ini hilang dari pandanganNya...

[[hanya insan hina yang berasa lemah dengan keadaannya...]]

Labels:






..:: kali ini ::..
Monday, September 25, 2006

Biarlah ramadhan kali ini
mampu mendidik jiwa & diri
agar berSABAR..
dapat menahan diri dari nafsu yang menyesatkan..
hingga kahir hayat..
Biarlah ramadhan kali ini
mampu membentuk AKHLAK..
akhlak yang baik + mulia..
yang akan berterusan sampai bila-bila..
Biarlah ramadhan kali ini
mampu meringankan tangan untuk berINFAQ..
menghulurkan wang & keperluan kepada yang memerlukan..
agar menyelami dan memahami dugaan mereka yang diuji..
Biarlah ramadhan kali ini
mampu menanamkan rasa ZUHUD di dalam hati..
yang dunianya hanya dipandang sebelah mata..
akhirat itu yang utama..
Biarlah ramadhan kali ini..
mampu memberi keMENANGan yg sahih...
setelah setiap ujian ditempuhi..
tanpa mengenal erti putus asa..
dan hanya berserah pada Ilahi...
Biarlah ramadhan kali ini
ramadhan yang terbaik berbanding sebelum ini...
agar tidak kesal tika peluang itu tiada lagi...

Labels:






R.A.M.A.D.H.A.N

Lambaian ramadhan semakin hampir..
semakin dekat...
tercelik..rupa-rupanya ramadhan telah kunjung tiba..
teruja sungguh menyambut kedatangannya!
Tetamu yang dinanti-nanti..
akhirnya sudi mengizinkan diri ketemu dengannya..
Alhamdulillah umur masih panjang..
masih punya ruang untuk menikmati ramadhan..
Andai ini ramadhan terakhir bagi kehidupan ini,
biarlah ia yang terbaik..
terbaik dari ramadhan sebelumnya..
terbaik dari segi amalnya.. mujahadahnya..
serta perubahan.. hijrah yang terus istiqamah..
Moga-moga..segala yang dipinta dan dipohon..
termakbul dan tertunai..
moga-moga kesulitan dan kekeliruan.
akan terlerai..
moga-moga Nur dan HidayahNya..
terus menerus membara dilubuk jiwa..
agar terus thabat atas jalanNya...

Labels:






seketika itu berfikir..
Friday, September 22, 2006

Bila ditanya..apakah yang patut dijawab?
Bila disoal…Apakah yang patut dilafazkan?
Apakah benar apa yang dituturkan..?
Terdiam seketika memikirkan jawapan..

Sejurus kemudian..hati mula berbicara..
Mengaturkan bait-bait kata yang memuaskan segala persoalan..
Terasa takut.. takut andai tersilap..
Tersalah dengan rasa..
Tertipu dengan nafsu..
Tersilap dalam penilaian..

Namun andai semua itu dariNya..
Bagaimana dapat dipastikan?
Bagaimanakah dapat merasainya..?
Apakah ia sunguh-sungguh petunjuk dariNya...
Adakah ketenangan dan kelapangan menjadi kayu ukurnya?

Apakah sebenarnya yang perlu dirasai...
Ditinggalkan persoalan itu tanpa sebarang jawapan..
Terus mengizinkan diri berfikir sedalamnya..

Labels:






jarang kali tersasar.... sungguh..
Monday, September 18, 2006

mungkin sekarang sepatutnya aku tidak menghadap sang monitor
dan juga tidak patut menenyeh-nenyeh si tetikus
membiarkan jari jemari terus menari-nari di papan kekunci
tapi...

hati tergerak.. ada yang membisik..
'instinct' aku jarang-jarang kali tersasar
mungkin itu nikmat pemberian dariNya
bukan berlagak.. tapi realiti yang terpaksa ditelan..huh..

aku terpaku dengan bait-bait...
kata-kata yang ditutur..
aku teruja...muncul sedikit perasaan kagum..
sungguh fikrahnya jelas

aku mula menghitung.. dan terus menerus berfikir..
apakah semua ini dariNya?
apakah Allah mahu menunjukkan aku sesuatu??
apakah Allah sedang 'tersenyum' pada ku..
atau apakah Allah murka dengan tindak-tandukku..

salah kah aku mengizikan sang mata kurnianya..
membaca nukilan2 yang menyentuh jiwa..
menyelami rasa sang penulis..
memahami hati, perasaan dan naluri hambaNya itu..

sungguh ini adalah sesuatu yang lain dari sebelumnya..
dapat aku rasa kan perbezaanNya..
tenang! yerr! itu 'word' yang paling sesuai..
atau paling tepat aku gunakan ketika ini

tersalahkah aku menilai.. adakah penilaian ini membuta tuli?
atau dikaburi dengan anasir-anasir luar..
yang membuat aku terasa hanyut dengan keindahan yang dipamerkan..
aku takut jika aku terjerumus dilembah kesilapan itu..

hanya satu yang kupinta.. agar segalanya dari Allah..
petunjuk..bimbingan dariNya.. bukan semata-mata dari suara hati..
yang mungkin disebaliknya adalah musuhku! yang hakiki itu..

sungguh..tatkala keputusan itu dicapai..lalu Dia permudahkan..
mungkin berlaku anjakan.. yang kontra?
apa mungkin? segalanya diserahkan kepadaNya..
kerana Dia Maha berKuasa dan Mengetahui..
sungguh..aku suka untuk melafazkan..

"Allah adalah sebaik-baik perancang...
mana mungkin Dia saja-saja mahu memperkena hambaNya
yang bergantung harap hanya padaNya.. bukan selainNya~~"

Labels:






...segalanya bagai telah diatur..
Thursday, September 07, 2006


Segalanya telah diaturkan…
segalanya telah direncanakan olehNya..
Indah sungguh susunanNya..
begitu teratur dan teliti..
Sungguh Dialah sebaik-baik perancang..
Jika yang terbaik itu akan dipermudahkan..
Tetapi bilamana seolah-olah ada batu penghalang..
Benarlah segalanya ..
Dia punya perancangan yang lebih baik dari itu..

Segalanya telah diaturkan..
Kita yang memilih untuk mengikut atau berpaling dariNya..
Rugilah kita yang berpaling itu..
Hanya kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba yang diciptaNya..
Mana mungkin Dia sengaja menyinggung dan membiarkan kita..
Kadang-kadang hanya kita yang tidak memahaminya
Lalu menyalahkan takdir Ilahi..


Segalanya yang terbaik telah diaturkan..
Perjalanan yang masih jauh yang perlu ditempuhi..
Yang berlaku itu adalah sekelumit pengalaman hadiah pemberian dariNya..
Hanya untuk hamba yang berfikir dan menyingkap hikmah disebaliknya..
Apa yang dilalui itu sebagai titik tolak kepada perubahan..
Yang mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan..
Begitu beruntung pada hamba-hamba yang berfikir sedemikian..


Segalanya berpaksikan dan kebergantungan itu hanya diletakkan pada diriNya..
Kerana Dialah sebaik-baik perancang bagi hambaNya yang kerdil…

Labels:






keras-hitam-kotor-rapuh
Wednesday, September 06, 2006


Mungkinkah yang keras itu bisa menjadi suatu yang mudah dilentur

Mungkinkah yang hitam itu bisa mencair menjadi putih bersih

Mungkinkah yang kotor itu bisa berubah menjadi jernih

Mungkinkah yang rapuh itu bisa menjadi tegar



Bisakah dibentuk sebersih dan sejernih lautan air yang masih belum pernah dicemari?
segalanya mungkin...
tarbiyyah yang berkesan..
keazaman yang jitu..
Hidayah dan rahmatNYA yang tidak putus-putus..
bisa merungkai apa sahaja..

~jangan Kau biarkan dia selamanya dalam kesesatan & kekeliruan..pimpinlah dia..~

Labels:






I| terkesima |I
Saturday, September 02, 2006


Di hujung itu terpaku
berfikir sejenak
adakah ini yang dinamakan takdir..
qada' dan qadarNya ?
bukan niat untuk menafikan
hanya memberi ruang diri berfikir
terskima dengan apa yang berlaku...
moga-moga itu yang terbaik
~~insyaAllah~~

Labels:






<< ketenangan >>


" bertemu dengan ketenangan itu
suatu anugerah,
suatu pemberian,
suatu kesempatan...
yang pasti dihargai selamanya "

Labels:






* pergi jauh..... *

Kita nak pergi jauh....
nak pergi jauh kene bawa banyak bekal...
Kita tak tahu apa yang akan jadi kat sana nanti..
tapi kita kena bersedia..!
bawa kelengkapan & bekal yang cukup...
Nanti kita sorang-sorang...
tade sape dapat bantu...
Setiap dari kita pasti akan pergi ke tempat itu...
[[ 30 oGos 2006 ]]

Labels:






..::.. KALIMAH ..::..


"Tatkala kalimah
'..ALLAHhu akbar..'
itu dilaungkan...
Terasa getar di lubuk jiwa
memuji kebesaranNya
Lambang jihad seorang hamba...."
[[ 29 oGos 2006 ]]

Labels: