.. lain yang diungkapkan ..
Thursday, May 24, 2007♥

' Kadang-kadang lain yang diungkapkan,
lain pula yang diterjemahkan..
kadang-kadang lain yang dikatakan,
lain pula yang difikirkan..
kadang-kadang lain yang diucapkan,
lain pula yang difahaminya.. '
Arrgghhh..
kadang-kadang pertuturan yang dilontarkan sebelum berfikir itu bisa menyakitkan
kadang-kadang ayat yang ditulis dibaca dengan intonasi yang langsung tidak sama dengan apa yang cuba sang penulis sampaikan..
kadang-kadang lain yang ingin cuba disampaikan, lain pula jadinya!
hingga bisa menyebabkan salah faham..
lebih parah lagi hingga bisa mengguris dan menyinggung hati sang pembaca..
Kadang-kadang komunikasi secara terus itu adalah lebih baik dan jelas!
tapi, kalau lidah asyik terkedu bila berhadapan, gimana?? hm...
Labels: monolog, nasihat?

.h.i.d.u.p.
Tuesday, May 15, 2007♥

Hidup seakan tidak segan dengan mengemis kasihNYA
Hidup seakan tidak derita dengan menagih redhaNYA
Hidup seakan tidak terseksa dengan memelihara hakNYA
Hidup seakan tidak bermakna jika tanpaNYA
Labels: monolog

.. kesibukan ..
Wednesday, May 02, 2007♥
Terlalu sibuk dengan urusan duniawi
terlalu asyik.. hinggakan ada yang terabai..
terlalu memikirkan.. hinggakan ada yang dilupakan..
terlalu tertumpu.. hinggakan ada yang ditinggalkan..
kerana itu.. terlalu kepenatan dibuatnya..
Bukan keluhan.. apa lagi rungutan..
cuma mengingatkan kembali.. merenung semula..
apakah sudah jauh terhanyutnya...
atau sudah mula tersedar..?
kesibukan duniawi yang kian mencengkam..
moga dalam kealpaan..
masih 'dipandang' dengan pandangan rahmatNya..
masih 'dipimpin' dengan jalan tarbiyyahNya..
Moga kesibukan duniawi ini..
tidak menyempitkan laluan menuju ke negeri abadi..
tidak menjauhkan dari mengejar akhirat yang pasti itu..
tidak melupakan akan kehidupan yang kekal itu..
*sigh*Labels: nasihat?
