Bukan mudah memiliki seorang anak. Rasa susah, letih, penat dan segalanya seawal anak dalam kandungan, hingga saat melahirkan yang merupakan saat yang palig getir, kemudiannya meniti saat2 anak berada disisi selepas melahirkan. Bersengkang mata menyusukan, menukar lampin, melayani kerenah bila ragamnya ntah dari mana puncanya.
Tahun demi tahun tumbesaran anak yang memerlukan perhatian dari ibu bapanya. Ouh, saat ini stage yang perlu di hadapi adalah toilet training anak yg berusia 2 thn 8 bln. Alhamdulillah, sungguh Allah membantu si anak dan ibunya. Tanpa bantuanNya tak mungkin didikan yg sedang diusahakan ini akan menjadi mudah.
Beberapa artikel dibaca untuk memulakan semua ini. Salah satu yang memberi semangat dan method yang islamic untuk dipraktikkan ada dalam
anakkusoleh. Discuss dengan sahabat yang punya pengalaman juga bisa membantu dan memberi semangat untuk memulakan operasi ini ;)
Sehari sebelumnya, doa dipanjatkan dengan penuh harap agar diri ini bersabar dengan sebenar2 sabar walau apaa pun akan di uji esok hari. Juga mengharap anak diberi HidayahNya untuk beri signal bila terasa nak buat hajat ;)
Alhamdulillah, 31 may 2011..
10.10am Dengan rasminya diaper tidak lagi dipakaikan. Berdebar hati menanti apa akan berlaku. Rutin kebiasaan diteruskan, tapi dalam hati dup dap dup dap.
12.10pm Sedang umminya sibuk berurusan dalam bilik air terdengar suara dari depan pintu bilik air. "Ummi nak kencing..". Ouh dengan segera ummi keluar mendapatkannya dan membuka seluarnya. Takes time juga untuk menunggu hasilanya keluar. Okeh buat pertama kalinya anak ini berjaya kencing di jamban cangkung.
1.30pm Selesai makan tengahri sekali lagi anak ini minta untuk ke tandas lagi.. Dan berjaya juga mengeluarkan hasilnya ;) Alhamdulillah.. kemudian legalah hati umminya untuk membiarkan dia tidur di katil bersama ummi. Dalam hati terus berdoa dan berdoa agar anak ini tidak membuang hajat atasa katil! heee..
4.20pm Agak lama juga si anak ini tidur. Bila celik dimintanya susu. Bila umminya ajak ke toilet dia geleng2 kata taknak. Aiseh, naik risau ummi. Awat budak ni tanak kencing. 2-3 kali cuba ajak dia, tapi still tak mahu. Ok, fine ummi just let her go. Biarkan dia buat apa dia nak. A few minutes kemudian... "Aaaaeeeeee...!" bunyi suaraa si anak. Dush!* Selamatlah dia terkencing atas sofa. huh! Cepat2 lah ummi angkat die dan bawa dia ke toilet. Fuuhh.. Relax2 ;D
5.50pm Dah masuk 2 hari duduk terperuk dirumah, jadi atas permintaan anak yang ingin tengok bird di luar, ummi pun bawalah dia jalan2 without diaper ok! Berani. haha!
6.35pm Tiba di rumah, ummi pun terus buat apa yang patut sementara tunggu si anak ni memmbuka kasutnya. Sedang ummi bearada di bilik.. "Ummi nak kencing.." terus2 ummi dukung dan membawanya ke toilet. tanggal2 seluar, tengok ada bekas air mengalir. Adeh macam terlewat sikit. Tapi masih ada baki yang hendak dikeluarkan di toilet ;D Terlepas sikit kat seluar. Heh!
8.30pm Sekali lagi si anak minta untuk ke toilet. Dan kali ini berjaya keluar sepenuhnya di dalam toilet. Tapi sebelum tu dia dok mengadu sakit perut. Herm rasa2nya ada hajat BESAR nak keluat ni. Tapi bila tanya, katanya tanak.. haha. Takpe tunggu lah kejap2 lagi.
9.55pm Sedang asyik lah ummi ni tengok Episod Akhir Asmara. Tiba2 "Ummi nak kencing..." Adeh! Cepat2 lah ummi bawa dia pegi depan toilet and biarkan dia sendiri setelkan hajatnya sementara ummi kembali layan cerita.ahakss..!
10.25pm "Ummi nak kencing.." Aik pelik ummi, takkan nak kencing lagi? Takpe2 bawa saja dia pegi toilet. Pantang dok kat toilet mesti dia minta buka air paip. Kali ni ummi bagi 'chan' dia main air jap, nak tengok bape lama dia nak betapa. A few minutes 'sumting' keluar, dan dia pon pandang ummi dengan muka resah + cuak. Ummi pun terus memberi sokongn supaya dia dapat keluarkan hajat BESARnya.. Alhamdulillah..
10.45pm Duduk bersantai2 dan tertidur akhirnya anak ini. Aha! ummi dah siap2 lapik plastik hitam dekat bawah cadar katil dia. Just incase dia buat projek malam ni. Tunggu dan lihat esok pagi, apakah dia berenang2 dalam katilnya sendiri? Harap sangat dia sedar bila dia perlu ke toilet ;)
InsyAllah esok masuk hari ke 2;)
Labels: cerita, Ikhlas
0 Comments:
Post a Comment
<< Home