<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d29690170\x26blogName\x3d%3E%3Eone+destination...%3C%3C\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://salsabila33.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://salsabila33.blogspot.com/\x26vt\x3d-6992677004882550883', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
salam 'alaik ♥

in our life..
we have our own destination..
but who ever u are..
we've same destination after
end of life..believe it !

ME ♥


Hanya sekadar monolog hati yang tidak berkesudahan. hidup penuh dengan kata-kata. mungkin tersurat dan seringkali tersirat dan terpendam dalam diri yang bukan mudah untuk diluahkan dengan lisan. mungkin ini gunanya blog? mungkinkah..?

new ♥

everything will be fine
hari pertama.. kali pertama
Didik anak ke tandas
ingin ke belakang
menikah saat usia begitu muda
i'm w.a.i.t.i.n.g ...
It's all about beauty..
PROMOSI KAD RAMADHAN
itu kan datang lagi !
kembali..

in memory ♥

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
July 2007
September 2007
October 2007
November 2007
January 2008
March 2008
June 2009
August 2009
December 2009
January 2010
February 2010
June 2010
May 2011
June 2011

blogger ♥

abu ikhlas
ain allen
kak nawwar
kak rahimah
kak aisyah Z
kak yusrina
kak anfaal
kak manihah
Musfirah
DjahNajid
asfarina
Azhana
farhana isa
kek batik

shout ♥


our company ♥

loveorange
lovebeautee

my university ♥

universiti malaya




bukan bermakna ...
Sunday, November 26, 2006

... mengaku salah itu
bukan bermakna mengaku kalah
tetapi hanya memberi ruang
agar diri memperbaiki kesilapan
berdiam diri itu
bukan bermakna mati hujah
tetapi hanya menyekat ruang
perkelahian yang hampir tersingkap ...

Labels:






BETUL tak?
Saturday, November 25, 2006


Kadang-kadang orang suka kat kita
kadang-kadang orang benci kat kita tak pasal-pasal
tak kisahlah orang nak suka ke tak suka ke..
biarlah apa yang orang nak rasa pada kita
asalkan tak bawa masalah dalam hidup kita sudah..
Kadang-kadang orang pandang tinggi kat kita pun susah
kadang-kadang orang pandang rendah kat kita sakit hati plak
tak kisahlah apa orang nak pandang kat kita
biarlah apa pandangan orang terhadap kita..
asalkan kita tetap menjadi diri kita yang sebenar..
BETUL tak?

Labels:






|| kejayaan duniawi ||
Wednesday, November 22, 2006



Andai kejayaan yang dimiliki
bisa membangkitkan rasa riak
bisa menanamkan rasa ujub
bisa membuahkan fitnah
hingga bisa menyebabkan jatuh ke lembah nerakaMu
adalah lebih baik kejayaan duniawi itu tidak dimiliki


Jikalau kejayaan duniawi yang secebis itu
bisa menghalang dari membau haruman syurgaMu
bisa menjauhkan dari mendiami syurgaMu
bisa mengorbankan dari meraih redhaMu
adalah lebih rela kejayaan duniawi itu tidak dimiliki

Hanya kerana mahukan kejayaan yang hakiki
kejayaan ukhrawi yang kekal abadi
SyurgaMu...

Labels:






= new sKin =
Tuesday, November 21, 2006

saLam 'Alaik..

first of all, thanX a lot 'Abyd!! coz terlalu2 byk menolong mrealisasikan impian agar Blog nih bersalin kulit =) walaupun terlalu lah cerewet permintaan kite nih..sudi gak awak tunaikan.. ahaha..

okeh...harapnya skiN baru ni digemari oleh tuan empunya bloG terutamanya and pada sesape yang meninjau ke sini.. sampai sakit2 tangan dibuatnya nak mem'beger' mende alah nih.. leh plak tuh tak belaja! huhu~ paper hari jumaat nyer pasal=) open book lak tuh..heee=D

okeh, insyAllah after exaM wat projek MEGA punye..herm! nantikan...

lastly..thanks 'abyd.. upah coklat nanti k..hehe...

wasalam..

Labels:






apakah..?
Monday, November 20, 2006



Sejauh manakah diri ini bertawakkal..
apakah diri ini sungguh-sungguh bertawakkal..
apakah benar diri bergantung harap sepenuhnya hanya kepadaNya saja..
apakah masih punya sekelumit keraguan yang tersimpan..
apakah masih tidak redha dengan ketentuan..
apakah masih rasa gusar dan langsung tidak puas dengan pemberianNya..

Apa sebenarnya yang perlu dirasakan sejurus selepas meletakkan rasa tawakkal padaNya saja?
apakah hanya perlu bertenang saja?
apakah hanya perlu dibiarkan semuanya berlalu begitu saja..
apakah boleh ditangisi dengan apa yang terlah terjadi itu?
apakah benar ini konsep tawakkal yang diri fahami dan amalkan??

diri mengaku bertawakkal.. tapi apa benar secara realitinya?

Labels:






- sokongan -
Friday, November 10, 2006

" keyakinan orang terhadap kita
membuatkan kita lebih yakin pada kemampuan diri sendiri
harapan orang terhadap kita
membuatkan kita lebih bersemangat untuk terus maju
doa orang untuk diri kita
membuatkan kita rasa tenang dan bahagia mengharungi kehidupan sehari-hari"
begitulah betapa kita memerlukan sokongan orang lain
dalam menjalani kehidupan...



Labels:






aku kagum....
Tuesday, November 07, 2006

Aku kagum melihat kasih sayang Allah

dibiarkan hambaNya hanyut, larut dan jauh dariNya
kemudian kerana kasih dan sayangnya Dia kepada si hamba
si hamba itu telah kembali berlari mencari diriNya semula

Aku kagum melihat kehebatan Allah
dibolak balikkan seketul daging yang tersimpan dalam diri hambaNya
kemudian setelah si hamba merintih kepadaNya
sesudah itu ditetapkan kembali daging yang bergelar hati itu dalam diri
hambaNya semula

Aku kagum melihat kekuasaan Allah
sengaja ditimpakan musibah sebagai hadiah buat si hamba
sengaja ingin diuji hambaNya yang mengaku beriman
kemudian sampai satu tahap diringankan dan diperkenankan segala harapan
dan permintaan hambaNya

Beruntungnya merasai kasih sayang Allah
meneliti kehebatan Allah
menatapi kekuasaan Allah
memuji kebesaran Allah
menghayati penciptaan Allah
tak terkata betapa sempurnanya Allah
Tuhanku yang Maha Agung

[7 nov 2006-4.20pm-
dewan periksa s301-utmKL]

Labels:






::. semunya hamba .::
Monday, November 06, 2006

::o::o::o::o::
Semua yang wujud didunia ini
sama ada yang kelihatan atau tersembunyi
sama ada yang yang bernyawa atau pegun
semuanya adalah hamba ALLLAH


Tak kiralah malaikat-malaikat
rasul-rasul, nabi-nabi
haiwan-haiwan, jin-jin
pokok-pokok, bunga-bunga
bulan bintang dan matahari
malahan manusia juga!
hattakan syaitan itu juga
semua kita ini hamba ALLAH..


Tapi,manusia sering lupa dan berlagak
dengan hakikat dirinya..
berlagak dengan haiwan
kerana haiwan tak punya akal seperti manusia
berlagak dengan malaikat?
hanya kerana malaikat itu tak punya nafsu?
berlagak dengan tumbuhan
kerana tidak punya kebebasan bergerak
berlagak dengan syaitan
kerana ALLAH telah menjanjikan tempatnya di neraka jahannam?


Lebihnya manusia dari makhluk lain
hanya kerana amanah yang dipikul itu hakikatnya besar
tapi setarafnya manusia dengan makhluk lain
adalah kita ini statusnya tetap HAMBA Allah yang Maha Kuasa!
::o::o::o::o::o::


Labels:






detik akhirnya...
Sunday, November 05, 2006



~menghitung detik berakhirnya sebuah 'bebanan'..
heh.. padahal baru nak mula esok nih..~

Labels:






bila otak mula tepu... heh..
Saturday, November 04, 2006

dulu sampai sekarang mesti ada orang kata :

"study biar lepak, result biar gempak.."

heh, leh caye ker?? lepak bagaimana yang dimaksudkan sebenarnya?
lepak2 tuh cam ada harapan tidur je bunyinye.. huhu~
realitinya ada ke betul2 seseorang tu lepak2 santai2.. then result gempak?
maybe orang genius gitu kot...


ada satu lirik lagu nih..

"kejayaan bukan percuma,
malas usaha, kelompang jiwa.."


erk, ini macam ada betulnya.. tak ada kejayaan datang bergolek
tanpa usaha yang gigih..
paling tidak pun kalu ada yang berjaya mesti ada 'toyol'..
bukan bersangka buruk..
tapi logiknya mana mungkin meraih kejayaan tanpa usaha yang gigih..
memang rezeki tak terduga.. tapi takkan Allah nak kasi pada hamba yang
semata2 bertawakal tanpa usaha kan..?


tips yang selalu diberi bila hadapi peperiksaan..

" usaha..doa..tawakal.. insyAllah berjaya "

usaha seoptimum mungkin, doa sekerap mungkin, tawakal dari awal dan
kehujung yang mungkin. heh, kalu kita letak kepercayaan 100% pada Allah..
apa yang Allah bagi pun kita akan redha.. harapnya diri yang menulis ni begitulah..
sukarnya menghadapi exam kali nih.. herm..


**tajuk yang tade kene mengena dgn isi=p**


Labels: