in our life..
we have our own destination..
but who ever u are..
we've same destination after
end of life..believe it !
Labels: monolog
Segalanya telah diaturkan…
segalanya telah direncanakan olehNya..
Indah sungguh susunanNya..
begitu teratur dan teliti..
Sungguh Dialah sebaik-baik perancang..
Jika yang terbaik itu akan dipermudahkan..
Tetapi bilamana seolah-olah ada batu penghalang..
Benarlah segalanya ..
Dia punya perancangan yang lebih baik dari itu..
Segalanya telah diaturkan..
Kita yang memilih untuk mengikut atau berpaling dariNya..
Rugilah kita yang berpaling itu..
Hanya kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba yang diciptaNya..
Mana mungkin Dia sengaja menyinggung dan membiarkan kita..
Kadang-kadang hanya kita yang tidak memahaminya
Lalu menyalahkan takdir Ilahi..
Segalanya yang terbaik telah diaturkan..
Perjalanan yang masih jauh yang perlu ditempuhi..
Yang berlaku itu adalah sekelumit pengalaman hadiah pemberian dariNya..
Hanya untuk hamba yang berfikir dan menyingkap hikmah disebaliknya..
Apa yang dilalui itu sebagai titik tolak kepada perubahan..
Yang mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan..
Begitu beruntung pada hamba-hamba yang berfikir sedemikian..
Segalanya berpaksikan dan kebergantungan itu hanya diletakkan pada diriNya..
Kerana Dialah sebaik-baik perancang bagi hambaNya yang kerdil…
0 Comments:
Post a Comment
<< Home