aku kagum....
Aku kagum melihat kasih sayang Allah
dibiarkan hambaNya hanyut, larut dan jauh dariNya
kemudian kerana kasih dan sayangnya Dia kepada si hamba
si hamba itu telah kembali berlari mencari diriNya semula
Aku kagum melihat kehebatan Allah
dibolak balikkan seketul daging yang tersimpan dalam diri hambaNya
kemudian setelah si hamba merintih kepadaNya
sesudah itu ditetapkan kembali daging yang bergelar hati itu dalam diri
hambaNya semula
Aku kagum melihat kekuasaan Allah
sengaja ditimpakan musibah sebagai hadiah buat si hamba
sengaja ingin diuji hambaNya yang mengaku beriman
kemudian sampai satu tahap diringankan dan diperkenankan segala harapan
dan permintaan hambaNya
Beruntungnya merasai kasih sayang Allah
meneliti kehebatan Allah
menatapi kekuasaan Allah
memuji kebesaran Allah
menghayati penciptaan Allah
tak terkata betapa sempurnanya Allah
Tuhanku yang Maha Agung
[7 nov 2006-4.20pm-
dewan periksa s301-utmKL]
Labels: monolog

::. semunya hamba .::
Monday, November 06, 2006♥
::o::o::o::o::
Semua yang wujud didunia ini
sama ada yang kelihatan atau tersembunyi
sama ada yang yang bernyawa atau pegun
semuanya adalah hamba ALLLAH
Tak kiralah malaikat-malaikat
rasul-rasul, nabi-nabi
haiwan-haiwan, jin-jin
pokok-pokok, bunga-bunga
bulan bintang dan matahari
malahan manusia juga!
hattakan syaitan itu juga
semua kita ini hamba ALLAH..
Tapi,manusia sering lupa dan berlagak
dengan hakikat dirinya..
berlagak dengan haiwan
kerana haiwan tak punya akal seperti manusia
berlagak dengan malaikat?
hanya kerana malaikat itu tak punya nafsu?
berlagak dengan tumbuhan
kerana tidak punya kebebasan bergerak
berlagak dengan syaitan
kerana ALLAH telah menjanjikan tempatnya di neraka jahannam?
Lebihnya manusia dari makhluk lain
hanya kerana amanah yang dipikul itu hakikatnya besar
tapi setarafnya manusia dengan makhluk lain
adalah kita ini statusnya tetap HAMBA Allah yang Maha Kuasa!
::o::o::o::o::o::
Labels: monolog

detik akhirnya...
Sunday, November 05, 2006♥