::o::o::o::o::
Semua yang wujud didunia ini
sama ada yang kelihatan atau tersembunyi
sama ada yang yang bernyawa atau pegun
semuanya adalah hamba ALLLAH
Tak kiralah malaikat-malaikat
rasul-rasul, nabi-nabi
haiwan-haiwan, jin-jin
pokok-pokok, bunga-bunga
bulan bintang dan matahari
malahan manusia juga!
hattakan syaitan itu juga
semua kita ini hamba ALLAH..
Tapi,manusia sering lupa dan berlagak
dengan hakikat dirinya..
berlagak dengan haiwan
kerana haiwan tak punya akal seperti manusia
berlagak dengan malaikat?
hanya kerana malaikat itu tak punya nafsu?
berlagak dengan tumbuhan
kerana tidak punya kebebasan bergerak
berlagak dengan syaitan
kerana ALLAH telah menjanjikan tempatnya di neraka jahannam?
Lebihnya manusia dari makhluk lain
hanya kerana amanah yang dipikul itu hakikatnya besar
tapi setarafnya manusia dengan makhluk lain
adalah kita ini statusnya tetap HAMBA Allah yang Maha Kuasa!
::o::o::o::o::o::
Labels: monolog
0 Comments:
Post a Comment
<< Home