Biarlah ramadhan kali ini
mampu mendidik jiwa & diri
agar berSABAR..
dapat menahan diri dari nafsu yang menyesatkan..
Biarlah ramadhan kali ini
mampu membentuk AKHLAK..
akhlak yang baik + mulia..
yang akan berterusan sampai bila-bila..
Biarlah ramadhan kali ini
mampu meringankan tangan untuk berINFAQ..
menghulurkan wang & keperluan kepada yang memerlukan..
agar menyelami dan memahami dugaan mereka yang diuji..
Biarlah ramadhan kali ini
mampu menanamkan rasa ZUHUD di dalam hati..
yang dunianya hanya dipandang sebelah mata..
Biarlah ramadhan kali ini..
mampu memberi keMENANGan yg sahih...
setelah setiap ujian ditempuhi..
tanpa mengenal erti putus asa..
dan hanya berserah pada Ilahi...
Biarlah ramadhan kali ini
ramadhan yang terbaik berbanding sebelum ini...
agar tidak kesal tika peluang itu tiada lagi...
Labels: monolog
0 Comments:
Post a Comment
<< Home