Lalu pertempuran kecil itu bermula..
sang mata diasuh agar tegar terbuka..
sang otak bingkas dikejutkan dari tidur yang agak lama..
sang mulut seperti biasa terus menerus 'berhujah' tak kira masa..
dan jari jemari terasa kekok menari diatas sang kertas yang putih berseri..
Aku? diri aku si empunya diri...
semangat pertempuran itu mula dihadirkan..
hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja untuk persediaan itu diadakan..
tatkala tanggal 6 november itu muncul..
bermulalah pertempuran aku di dewan besar UTM =)
doa dan harapanku..
moga-moga rezekiku kian bertambah..
segalanya dipermudahkan..
segalanya bukan seratus peratus titik peluh jerih payah ku sahaja..
tapi semua itu bertunjangkan rasa tawakkal yang tinggi padaNya..
usaha yang tidak putus dan doa yang berpanjangan..
harapan aku juga..
agar sang mata tidaklah terkulai layu
tak kira diawal, dipertengahan juga detik akhirnya!
mata nih perlu jihad lebih sikit!
saat-saat getir begini..
selamat bertempur untuk diri ku.. tak lupa gak pada member2 lain =)
[[ 'abyd sure tgh pulun tuh.. lama menyepi plak..=p ]]
Labels: monolog

3 Comments:
At 12:42 AM,
Anonymous said…
Selamat bertempur. Semoga Allah menganugerahkan kejayaan sesuai dengan usaha yang telah dicurahkan. Ameen.
At 4:28 PM,
* shuhada * said…
rasanye macam aku sendiri dah tertewas je di pertengahan.. apakah sang mata yg perlu disalah kan??! atau kerana otak yg terlalu tepu menyebabkan..mata terlalu berat utk bertahan! huh...
3 papers left... perlu bertahan!
At 8:17 AM,
Anonymous said…
Setiap usaha pasti ada hasilnyakan. so, keep it up!
Post a Comment
<< Home